Anwar Ibrahim-Bekas Pemimpin Yang Gagal
Written by on August 9th, 2008Kembali menyingkap sejarah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku mantan Timbalan Perdana Menteri yang berakhir pada tahun 1998..DSAI(Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukanlah merupakan seorang pemimpin yang hebat dalam mentadbir negara selaku org kedua terpenting di Malaysia. Secara umum,ramai mengetahui kronologi peryerapan dan perlantikkan DSAI ke dalam UMNO sekitar tahun 1980-an dulu..latar belakang DSAI sendiri,menjadi bukti beliau adalah penentang kerajaan Barisan Nasional sebelum di ‘ambil’ dan di latih oleh Tun Dr Mahathir Mohammed sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Apa yang ingin saya coretkan di sini, bukanlah mengenai sejarah penentangan atau sejarah lampau DSAI ketika sebelum menyertai UMNO,tetapi mengajak anda untuk berfikir dan menilai kejayaan Anwar sebgai TPM dan secara individu. DSAI bukanlah seorang pemimpin yng berjaya atau gah. Beliau adalah seorang pemimpin yang gagal dalam mempertahankan prinsip,moral,maruah dan nama baik keluarganya mahupun nama baik UMNO sendiri. Adalah amat hina dan jijk,seorang pemimpin bersongkok yang pernah berucap di mimbar masjid,bersaksikan kalimah-kalimah Allah,tiba-tiba di jatuhkan secara jijik melalui perilaku songsang beliau. Saya tidak mengatakan ia nya benar atau palsu. Sesungguhnya hanya DSAI, org2 yang terlibat dan Tuhan saja yang tahu kesahihan berita yang memalukan itu.
Tapi apa yang jelas..DSAI gagal menonjolkan keperibadiaan yang mulia sehingga cerita-cerita itu tersebar, hingga memusnahkan kerier beliau sebagai pemimpin. Bukankah perkara asas bagi melantik seseorang itu menjadi pemimpin, mestilah berkeperibadiaan mulia. Ya, DSAI tidak di sabitkan dengan kesalahan yang di lemparkan padanya, tapi yang menjadi soal di sini, DSAI gagal memiliki moral dan gagal menjaga nama baiknya. Bagaimana seorang yang gagal menjaga diri nya sendiri akan berjaya menjaga sebuah negara??. Mengikut Islam untuk menjadi saorang pemimpin agung mestilah saorang yang pertama sakali dapat memimpin diri sendiri, keluarga masyarakat dan Negara. DSAI gagal keempat-empatnya. Beliau tidak mampu mengawal tuduhan yang dilemparkan kapada nya menyebabkan beliau jatuh dan dikenali bekas saorang banduan.
Kini DSAI mendabit dada akan menjadi Perdana Menteri dengan meminta jalan mudah merayu supaya ada pepimin BN yang sedia belot dan masuk PR. Apakah DSAI merasakan Negara Malysia milik keluarganya. Bermula dengan Isteri , anak dan kemudian DSAI sendiri akan mengambil Alih Kepimpinan Negara dengan begitu mudah. Jika PM melantik menantunya sabagai calun beliau disebut kroni tapi macam mana dengan DSAI dan rakan- rakan PR yang lain.
Islam mengariskan prinsip dan contoh saorang pemimpin ulung. Tidak membuat huru hara dan kekacuan dimuka bumi serta tidak mengajak maknusia membuat kekacauan. Tetapi kedua-duanya ada pada DSAI. Beliau menyokonh HINDRAF dan menyokong demontrasi jalalanan yang murahan untuk meraih simpati. Hanya orang-orang yang berjiwa murahan dan rendah mertabat diri sahaja yang sanggup bertuan DSAI.
Negara kan huruhara jika bertuankan DSAI. Dengan brsenjatakan kenaikkan harga minyak beliau ingin menjadi jaguh diperlimbahan kononnya beliau tahu bagaimana nak menurunkan harga minyak. Kenapa tidak menggunakan kebijaksaan yang ada sawaktu menjadi Menteri keewangan dahulu dimana kerisis mata wang melanda dizaman DSAI mnjadi TPM dan Menteri Kewangan. Kenapa waktu itu DSAI melamar IMF untuk menyelesai kemelesetan ekonomi Negara waktu itu?.
Satelah Negara kembali setabil dibawah kepimpinan TUn Mahadhir dan Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi dan kini bila ada sadikit cabaran untuk umat Malaysia merasakan sadikit pahit tiba-tiba DSAI muncul untuk menanggok diair yang keroh.
Kapada semua rakyat Malaysia jangan sesekali percaya kapad musang berbulu Ayam. DSAI sapatutnya merasa bersyukur diatas nikmat Tuhan yang telah melepaskan dari tuduhan yang Hina dan kembal kapangkuan keluarga dengan bermusabah diri menghabiskan sisa-sia usia tua beliau dan bukan menjadi petualang bangsa yang membisu saribu bahasa ketika Karpal Singh menghina Agung. Apakan DSAI ingin mendapat pablisiti murah melalui orang orang samacam ini untuk mencapai cita -cita dan nak memunjukkan kapada oarang ramai beliau berada ditahap yang betul.
Saya yakin Allah sangat sayang pada Rakyat dan Negara Malaysia. Allah sesekali tidak akan membenarkan Orang Saperti DSAI menjadi pemimpin Agung Malaysia.